Saturday, April 3, 2010

Cara-Cara Repair Grub

Ramai pengguna Linux yang masih menggunakan dual-boot antara Windows atau Mac memandangkan ada sesetengah aplikasi atau program yang hanya berfungsi pada OS tertentu sahaja.

Bagi yang menggunakan Windows pula kadangkala akan memformat kembali OS ini setelah terkena virus, keluar skrin biru (BSOD) atau ada ralat yang tak boleh diperbaiki akan juga memadam Menu GRUB yang dipasang Linux. Akhirnya, anda tidak dapat mengakses ke Linux walaupun partition dan failnya masih ada.

Ikuti tutorial di bawah untuk mengembalikannya. (Tutorial berdasarkan Ubuntu).

1. Boot PC anda dengan Ubuntu. Pilih Try Ubuntu without any change to you computer.

2. Klik Applications > Accessories > Terminal .

3. Taipkan sudo grub .

4. Taipkan find /boot/grub/stage1 . Ia akan mengeluarkan partition mana yang anda pasangkan GRUB sebelum ini.

5. Taipkan root (hd?,?) yang mana gantikan ? dengan nombor partition yang dinyatakan pada langkah 4. Contohnya root (hd0,1) .

6. Taipkan setup (hd0) .

7. Tutup Terminal dan mulai semula komputer.

No comments:

Post a Comment